berita

Lelaki Maut Terlebih Makan Ubat Untuk Sembuhkan Sakit Gigi

August 24th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 29 tahun dilaporkan maut dipercayai akibat mengambil dos ubat secara berlebihan hanya kerana mahu menghilangkan sakit gigi yang dialami selama tiga hari.

Maut terlebih dos ubat

Foto: Kompas

Memetik laporan Kompas, mayat mangsa yang berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia itu ditemui oleh keluarganya di dalam bilik air di rumah mereka dengan keadaan mulutnya berbuih. Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa iaitu Sunarti, pada awalnya mangsa telah pergi ke bilik air tetapi peliknya mangsa tidak keluar selepas 30 minit.

Mereka kemudian memanggil mangsa namun tidak disahut. Bimbang sesuatu berlaku, mereka bertindak pantas dengan memecahkan pintu bilik air berkenaan. Namun alangkah terkejutnya apabila melihat mangsa sudah terbaring di atas lantai.

Kami terkejut melihat mulutnya ternganga dengan dipenuhi buih dan dia terbaring atas lantai.

Menurut Ketua Polis Bontomarannu iaitu Hafit Yudin, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian kemudian membawa mayat mangsa untuk dibedah siasat. Difahamkan, mereka turut merampas beberapa ubat dalam bentuk tablet dan serbuk untuk dianalisis.

Setakat ini, kita tidak boleh membuat kesimpulan sama ada mangsa terlebih dos atau sengaja minum racun.

Menurut sumber, ahli keluarga mangsa bersepakat enggan menjalankan bedah siasat terhadap mayat mangsa.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×