berita

Lelaki Maut Tumbuk Cermin Masjid Pernah Luah Hasrat Balik Kampung Jaga Ayah Sakit

September 9th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemui meninggal dunia akibat cedera parah di rumah sewanya selepas mengamuk menumbuk cermin pintu masjid akibat tertekan pada Ahad lalu di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.

Artikel berkaitan : Mengamuk Tumbuk Cermin Masjid Hingga Pecah, Lelaki Ditemui Maut Di Rumah Sewa Akibat Cedera Parah

Desak kakaknya untuk balik kampung

Sekadar gambar hiasan

Menurut kakaknya, adik bongsunya, Muhammad Sufian yang sudah tiga tahun bekerja di Johor itu tidak pernah berkelakuan agresif sebegitu, namun baru-baru ini arwah ada menyatakan hasratnya yang ingin pulang ke kampung mereka di Kuala Berang, Selangor.

Arwah pernah meluahkan hasrat ingin berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk menjaga ayah yang menghidap penyakit lelah kronik.

Pada Sabtu lalu, arwah mendesak kakaknya untuk pulang ke kampung bersamanya. Namun, wanita berkenaan meminta arwah untuk bersabar sehingga Ahad untuk menguruskan beberapa dokumen rentas negeri.

Namun, perancangan itu tidak tercapai apabila saya menerima panggilan pada 4 pagi dan dimaklumkan kejadian menimpanya.

Arwah kerap berbual lebih lama berbanding sebelum ini

Sekadar gambar hiasan

Ujarnya lagi, dia mulai perasan perubahan sikap adiknya itu sejak dua minggu lalu yang kerap berbual lebih lama berbanding sebelum ini.

Rutin kami adik-beradik membuat panggilan video secara berkumpulan selepas Maghrib dan arwah akan menamatkan perbualan apabila masuk waktu azan Isyak.

Tetapi sejak kebelakangan ini, arwah berbual lebih lama berbanding sebelumnya.

Meskipun terkejut dengan insiden yang menimpa adiknya itu, namun mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah.

Difahamkan, jenazah adiknya itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Kuda, Kuala Berang pada pukul 9 malam semalam.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×