berita

Lelaki Mengamuk Ugut Bunuh Adik Guna Batang Besi, Dakwa Nampak Seperti Jin

January 14th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Penampakkan jin tidak lagi asing dalam masyarakat kita, kerana ada sesetengah orang yang boleh lihat atau rasa kehadiran makhluk jin atau syaitan. Tetapi lain pula dengan kejadian yang berlaku di Kepala Batas, apabila seorang lelaki mendakwa melihat kedua adik perempuannya seperti jin.

Dibawah pengaruh dadah

Sekadar gambar hiasan

Dua beradik perempuan itu berlawan dengan ketakutan selepas diugut bunuh oleh abang kandung mereka yang mendakwa mereka kelihatan seperti jin.

Menerusi laporan yang dipetik dari Utusan, kejadian itu berlaku kerana suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah. Susulan daripada itu, dua beradik perempuan itu melarikan diri melalui pintu belakang rumah mereka di Kampung Lebah Raja, Kepala Batas.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7.30 malam apabila suspek berusia 37 tahun mengamuk secara tiba-tiba sambil memegang besi yang panjang dan kayu di hadapan rumah mereka.

Tambahnya lagi, suspek menjerit dan mengugut bunuh untuk menghalau ‘jin’ itu. Namun, dua beradik itu dengan pantas sempat lari masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.

“Mangsa menghubungi polis yang tiba kira-kira 20 minit kemudian dan menahan suspek serta merampas sebatang besi sepanjang 122 sentimeter”

Sehubungan dengan itu, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif syabu dan morfin. Suspek juga ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber: Utusan.

 

SKIP THIS AD ×