
Gambar sekadar hiasan
Padah buat lelaki apabila dia ditangkap polis selepas meninggalkan kekasihnya bersama bil mencecah HK$84,453.60 (RM46,000) ketika makan di sebuah restoran Cina terletak di hotel Mandarin Oriental, Hong Kong.
Artikel Berkaitan: Tular Video Lelaki Menangis, Jalan Kaki Tengah Malam Sebab Kecewa Tunang Buat ‘Hal’
Artikel Berkaitan: ‘Dia Tak Faham Apa Aku Alami’- 6 Tahun Bercinta, Lelaki Ini Ditinggal Kekasih Kerana..
Lari tak nak bayar makan

Memetik laporan portal MSNews, lelaki yang mendakwa dirinya bekerja sebagai peguam itu meminta izin ke tandas selepas menerima bil namun bayangnya terus tidak kelihatan.
Terkejut dengan keadaan itu, kekasihnya yang berusia 31 tahun cuba menghubungi dan mencarinya namun ditinggalkan sepi tanpa berita.
Tidak mampu membayar jumlah yang mencecah lima angka, wanita berkenaan kemudiannya menghubungi rakan untuk membantu menyelesaikan bil tersebut.
Wanita itu turut memuat naik foto resit yang memaparkan dua set menu premium berharga HK$2,388 (RM1,300) seorang, termasuk hidangan mewah seperti abalon, daging wagyu dan sarang burung.
Namun, apa yang menyebabkan bil makanan melambung tinggi adalah sebotol minuman keras yang berharga HK$71,800 (RM39,000).
Sumber: Portal MSNews





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)