berita

Lelaki Meninggal Dunia Selepas Cabut Dua Batang Gigi

February 5th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak selepas melakukan prosedur mencabut dua batang giginya.

Artikel Berkaitan: Warga Emas Maut Lepas Cabut 12 Batang Gigi, Keluarga Tuntut Jawapan Dari Pihak Hospital

Maut lepas cabut gigi

Mangsa iaitu Wang, 23, yang mengalami sakit gigi hampir dua bulan telah datang ke sebuah hospital di Shenzhen, China untuk melakukan pemeriksaan. Doktor kemudian menyarankan agar Wang mendapatkan rawatan pencabutan gigi. Namun siapa sangka, selepas prosedur tersebut selesai, Wang tiba-tiba tidak sedarkan diri dan jatuh ketika melakukan ujian X-ray.

Wang kemudian dipindahkan ke unit kecemasan dan doktor mendapati dia mengalami pendarahan intrakranial (dalam otak) selepas mencabut dua giginya. Dia kemudian menjalani pembedahan membuka sebahagian dari tempurung kepala untuk melihat otak. Tetapi, lelaki itu kekal koma berikutan prosedur rumit sebelum meninggal dunia 14 hari kemudian, akibat kegagalan beberapa organ.

Susulan daripada apa yang berlaku, keluarga Wang telah mengambil tindakan undang-undang dan menuntut wang pampasan RM1.2 juta terhadap hospital terbabit atas tuduhan kecuaian kakitangan dalam menjalankan tugas.

Namun pihak hopsital hanya membayar RM398,000 daripada jumlah yang dituntut keluarga Wang kerana yakin doktor gigi tidak melanggar protokol dan peraturan rawatan. Difahamkan, siasatan perubatan kematian Wang kini sedang dijalankan oleh jawatankuasa khas pakar.

Sumber: DimsumDaily

SKIP THIS AD ×