berita

Lelaki Menyesal Kahwin Dengan Wanita Cantik Tetapi Pemalas & Pengotor

December 26th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Walaupun baru kahwin beberapa bulan, seorang lelaki terpaksa menceraikan isterinya kerana tidak tahan dengan sikapnya yang pemalas.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Jutawan Mengeluh Hidup Mewah, Rimas Ada Bodyguard- ‘Suami Tak Bagi Guna Duit Sendiri, Semua Dia Bayar’

Isteri pemalas

Menerusi laporan Tribun News, wanita tersebut merupakan seorang isteri yang cantik, namun dia pemalas dan tidak boleh mengemas rumah.

Malah, isterinya juga tidak pernah memasak dan akan membeli makanan secara pesanan atas talian setiap hari. Bukan itu saja, dia juga hanya akan meletakkan pinggan kotor di mana-mana tempat tanpa membasuhnya.

Pada suatu hari, lelaki ini mengambil keputusan untuk tidur di luar selama beberapa hari kerana ingin tahu apa yang isterinya lakukan ketika dia tiada di rumah.

Setelah pulang, lelaki ini terkejut apabila melihat rumahnya yang bersepah dan meluahkan rasa marah sebelum menghalau isterinya.

Saya bekerja keras di luar dan bekerja lebih masa juga tetapi awak tidak melakukan apa-apa di rumah.

Cepat telefon ibu awak. Saya tidak mahu meminta sebarang mas kahwin. Keluar sahaja dari sini.

Difahamkan, mereka bertemu secara ‘blind date’ dan ketika itu wanita tersebut kelihatan cantik dan juga sopan.

Selepas berkenalan beberapa bulan, kedua-dua keluarga itu berbincang tentang perkahwinan itu dan keluarga pengantin perempuan meminta mas kahwin sebanyak 200,000 yuan (RM129,878),

Walaupun jumlahnya agak tinggi, lelaki tersebut berusaha sedaya upaya untuk mengumpul wang tersebut.

Sumber: Sanook, Tribun News

SKIP THIS AD ×