berita

Lelaki Obses Dengan Pembedahan Kosmetik Kini Insaf & Tertekan Selepas Mengalami Kecacatan Hidung

May 4th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Setelah mengalami kecatatan pada hidung kesan prosedur pembedahan kosmetik, Danny sekarang mengalami gangguan emosi dan hilang keyakinan diri.

Artikel Berkaitan: Titi DJ Buat Pembedahan Plastik, Titip Nasihat ‘Jangan Buat Yang Murah Kerana Risikonya Bahaya’

Artikel Berkaitan: Didakwa Buat Pembedahan Plastik, Elon Musk Tanam Rambut & ‘Tegangkan’ Kulit?

Hilang keyakinan diri

Gambar sekadar hiasan

Danny yang berusia 36 tahun mengakui bahawa dia hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai setelah melalui detik hitam dalam hidupnya.

Setiap kali tengok cermin, emosi saya terganggu hingga pernah berasa tak nak hidup lagi.

Bayangkan, saya pemilik salun kecantikan dan boleh dikatakan setiap hari berdepan dengan pelanggan.

Menurut pemilik salun ini lagi, walaupun hidungnya sudah pulih dan kembali kepada bentuk asal setelah menjalani pembedahan di Thailand dengan kos sebanyak RM30,000, namun dia tetap malu dengan diri sendiri.

Jadi, memang ada segelintir pelanggan bertanya apa yang berlaku kepada hidung saya terutama selepas pembedahan dulu.

Walaupun mereka tak menghina atau memperkecilkan saya namun pertanyaan itu membuatkan saya tersentak dan malu dengan kekurangan diri.

Sedang menuntut keadilan

Gambar sekadar hiasan

Dalam pada itu, bapa tunggal ini sedang menuntut keadilan terhadap apa yang telah terjadi kepadanya.

Saya tak kuat tapi jadi bersemangat untuk menuntut keadilan kerana dapat sokongan daripada orang sekeliling terutama teman rapat dan keluarga.

Diharap keputusan nanti berpihak kepada saya dan apa yang berlaku saya jadikan pengajaran.

Danny juga sering berkongsi pengalamannya di TikTok, dengan memberi kesedaran tentang kesan dan bahaya pembedahan kosmetik jika dilakukan oleh golongan yang bukan profesional dalam bidang tersebut.

Saya kongsikan kerana ada pengikut bertanya dan enggan orang lain jadi mangsa serta terima nasib sama seperti saya.

Memetik laporan Harian Metro terdahulu, Danny mengalami kecacatan pada bahagian hidung akibat pembedahan kosmetik yang dilakukan pada dua tahun lalu dan insiden tersebut telah membuatnya insaf dari mengubah bentuk muka.

Danny dilaporkan telah berhabis sebanyak RM300,000 untuk melakukan pembedahan kosmetik lebih 10 kali kerana obses dengan kecantikan wajah.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×