Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki mendakwa dirinya dipukul anggota Johor Military Force (JMF) ketika menonton perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Takzim (JDT) dan KL City di Stadium Sultan Ibrahim.
Artikel Berkaitan: Ahli Politik Dibuang Parti Politik, Lunyai Dipukul Orang Kampung Kerana Rogol Dua Anak Kandung
Patah hidung akibat dipukul
Gambar sekadar hiasan
Menurut Ketua Polis daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, lelaki yang berusia 30 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi di Kuala Lumpur, pada 11.50 pagi Ahad berhubung kejadian.
Mangsa pulang ke Kuala Lumpur dan mendapat rawatan, seterusnya ditahan di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Keadaan mangsa baik dan stabil.
Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam seluruh badan.
Rahmat memaklumkan kes kini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang berbahaya.
Terdahulu, tular beberapa video memaparkan anggota JMF yang terpaksa mengambil tindakan terhadap beberapa penonton yang hadir pada perlawanan akhir berkenaan.
Difahamkan, tindakan itu dibuat untuk mengelakkan daripada berlakunya pergaduhan susulan provokasi yang dilakukan beberapa orang penonton di dalam kawasan stadium.
Sumber: Harian Metro