Menerusi laporan Detik Sumut, seorang wanita di Kabuputen Asahan, Sumatera Utara, Indonesia ditikam sebanyak 16 kali oleh teman lelakinya sendiri di dalam sebuah kereta.
Tikam berkali-kali
Berdasarkan laporan, lelaki tersebut telah menyerang mangsa secara bertubi-tubi tanpa belas kasihan melihat keadaan mangsa yang sudah tidak bermaya. Lebih ‘psiko’, lelaki berkenaan membawa mangsa pulang ke pajabatnya selepas insiden tersebut berlaku.
Menurut Ketua Polis Asahan, Iptu Arbin Rambe, wanita berkenaan pada awalnya mendakwa dia mengalami luka tikaman akibat dirompak.
Pada awalnya kami menerima laporan daripada penduduk yang menyatakan mangsa dirompak di kawasan tersebut. Setelah diperiksa lebih lanjut, mangsa mengaku ditikam oleh teman lelakinya.
Tambah Arbin, mangsa segera dimasukkan ke hospital akibat menerima 16 tikaman di perut dan tangan.
Ketika kami sedang mengumpul maklumat, si pelaku emosi menikam mangsa berkali-kali dan tiba-tiba pelaku menahan diri. Mungkin dia sudah sedar. Malah dia meminta maaf dan membawa mangsa ke tempat kerjanya serta meminta mangsa berbohong sekiranya ada yang bertanya. Punca kejadian kerana meminta wang.
Susulan daripada itu, suspek berjaya diberkas oleh pihak polis pada keesokan harinya.
Sumber: Detik Sumut