berita

Lelaki Rasa Sengal Peha Waktu Bangun Tidur, Rupanya Kemaluan Hampir Putus

August 29th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang lelaki di Zambia terkejut selepas dia terjaga daripada tidur pada tengah malam dengan rasa sengal di peha, kemudian terlihat isterinya berdiri sambil memegang pisau dengan kesan darah.

Tuduh suami curang

Memetik laporan Daily Star, Jimmy Ngulube, 43 tahun, dikatakan terbangun pada tengah malam pada 4 Ogos lalu dan terlihat isterinya memegang pisau dan mengancam untuk membunuhnya.

Berdasarkan perbicaraan mahkamah, Ngulube dan isteri Given Chilufya, 37 tahun, dikatakan tidur selepas bertengkar apabila Chilufya menuduh suaminya curang terhadapnya.

Wanita itu kemudian bangun pada waktu malam dan memutuskan untuk membalas dendam dan cuba memotong kemaluan suaminya semasa sedang tidur.

Mangsa kemudian menghubungi abangnya untuk membawanya ke hospital, dan kecederaan tersebut berjaya dirawat, manakala Chilufya ditahan selepas pihak polis dihubungi.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Chilfuya atas kesalahan mencederakan suaminya.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×