berita

Lelaki Rogol Jasad Budak Bawah Umur, Buang Mayat Belakang Rumah

January 2nd, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki ditembak di bahagian kaki oleh anggota polis Indonesia selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan dan rogol seorang kanak-kanak di bawah umur.

Rogol mayat budak bawah umur

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Liputan6, suspek disyaki membunuh mangsa terlebih dahulu sebelum merogol mayat kanak-kanak itu dalam satu kejadian pada 23 Disember lalu. Suspek kemudian membuang mayat mangsa di belakang rumah dan menutupnya menggunakan sehelai kain putih.

Difahamkan, penduduk kampung yang menemui mayat tersebut melaporkan kepada pihak polis. Suspek akhirnya berjaya diberkas. Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut bermula selepas suspek dan mangsa yang saling mengenali telah bertemu di sebuah rumah.

Namun lain pula jadinya apabila suspek secara tiba-tiba memeluk mangsa. Tindakan tersebut membuatkan mangsa menelefon bapanya namun tidak diangkat. Ketika itu, mangsa cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap suspek.

Suspek bertindak ganas dengan memukul kepala mangsa menggunakan pasu bunga beberapa kali sehingga mangsa tidak sedarkan diri. Menyedari mangsa sudah tidak bernyawa, suspek mula merogol dan akhirnya membuang mayat mangsa di belakang rumah.

Sumber: Liputan6

SKIP THIS AD ×