berita

Lelaki Rohingya Dituduh Bunuh Kerana Tikam 40 Kali Rakan Senegara

October 30th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki etnik Rohingya didakwa di Mahkamah Majistret, atas pertuduhan membunuh rakan senegara di Kampung Melor pada 17 Oktober lalu.

Hukuman mati atau penjara

Menerusi laporan Harian Metro, tertuduh, Mohd Salam Mohd Rashid, 32, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Rais Imran Hamid dan tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh seorang lelaki bernama Nurul Salam Mohammad Sadik antara jam 8 pagi hingga 9.15 pagi pada 17 Oktober lalu.

Berikutan daripada itu. tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan boleh dikenakan minima 12 sebatan.

Terdahulu, media melaporkan, seorang lelaki etnik Rohingya ditemui mati di sebuah rumah di Kampung Melor Lama akibat ditikam sebanyak 40 kali termasuk di bahagian dada.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, lelaki berusia 44 tahun ditikam rakan senegaranya yang berusia 32 tahun dalam kejadian 9.30 pagi. Hasil siasatan mendapati motif kejadian itu adalah disebabkan cemburu kerana dipercayai mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek yang berusia 29 tahun.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×