Foto: Harian Metro
Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental maut dipercayai dipukul sekumpulan pelajar tahfiz di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, Kelantan, semalam.
Lelaki maut dibelasah pelajar tahfiz
Foto: Kosmo
Memetik laporan Kosmo, kejadian tersebut dipercayai berpunca selepas mangsa secara tiba-tiba mengamuk dan menendang seorang wanita berusia 50-an yang berada di kawasan masjid tersebut. Difahamkan, wanita tersebut merupakan tukang masak di sebuah asrama berhampiran masjid berkenaan.
Menurut saksi, kebetulan pada ketika itu sekumpulan pelajar tahfiz yang menyedari kejadian tersebut telah menghulurkan bantuan yang akhirnya membawa kepada pergelutan. Mangsa telah dipukul sekumpulan pelajar berkenaan sehingga tidak sedarkan diri.
Wanita itu sedang menolak motosikalnya di pekarangan masjid untuk pulang ke rumah. Lelaki tersebut dilihat bertindak memukul wanita itu yang kemudiannya sempat melarikan diri ke dalam masjid.
Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa dikatakan mengamuk di sekitar surau Pasar Kota Jembal ketika waktu Zuhur. Bukan itu sahaja, mangsa kemudian dilihat menunaikan solat asar seorang diri di masjid itu sambil menangis sebelum dia tiba-tiba mengamuk dan menyerang orang awam.
Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes tersebut.
Sumber: Kosmo