berita

Lelaki Samun Kedai Emas Guna Pistol Mainan Ditahan Polis

December 7th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki ditahan polis selepas menyamun sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh dengan bersenjatakan pistol mainan dalam satu kejadian pada Selasa sekitar 2 petang.

Samun kedai emas

Sekadar gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan memaklumkan suspek yang berusia 32 tahun ditahan kurang setengah jam selepas rompakan berkenaan. Sebelum ditahan, suspek dikatakan cuba melarikan diri, namun dikejar oleh orang awam.

Menurut sumber, suspek pada awalnya masuk ke dalam sebuah kedai emas kononnya untuk membeli seutas rantai, namun ketika melihat barangan kemas yang ditunjuk pekerja, suspek terus mengambil rantai berkenaan sambil mengacukan ‘pistol’ dan melarikan diri.

Suspek kemudian berjaya ditahan dan polis merampas sepucuk pistol mainan diperbuat daripada plastik yang disimpan dalam beg silang milik suspek. Suspek akan direman bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menggunakan senjata.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×