Pelakon Ainul Aishah meluahkan rasa teruja apabila menyaksikan ucapan romantis oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang ditujukan khas buat bakal isterinya, iaitu aktres Bella Astillah.

Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Beribu Yang Mengejarmu, Tapi Awak Pilih Tanggungjawab & Sebuah Keluarga’ – Fizo Omar Kagumi Syed Saddiq

Artikel Berkaitan: Hantaran Syed Saddiq Bertemakan Masa Depan, Sedia Simpanan Tabung Haji & SSPN Untuk Kedua Anak 

Ungkapan yang manis

Menerusi hantaran di Threads, Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun, 39, menyifatkan setiap kata yang diungkapkan begitu tepat serta menyentuh hati wanita, malah turut disedari oleh para peminat.

Ucapan YB Syed Saddiq untuk bakal isterinya, Bella Astillah, ya Allah, manis sangat.

Dia tak tertinggal satu perkataan pun.

Apa yang dia sampaikan tentang Bella itu memang tepat, fans pun tahu dan boleh rasa perkara yang sama.

Lelaki sejati

Dalam hantaran yang sama, Ainul berpendapat bahawa tindakan seorang lelaki yang mengangkat martabat dan menghargai bakal isterinya, serta menyediakan masa depan dengan penuh keikhlasan adalah sesuatu yang wajar dipuji dan perkara itu jelas terlihat dalam diri Syed Saddiq.

Lelaki sejati ialah lelaki yang mengangkat nama seorang wanita ke tempat paling tinggi dalam hidupnya, memuliakan bakal isterinya, dan menyediakan masa depan yang lengkap dengan penuh keikhlasan.

Itulah YB Syed Saddiq, dan suami saya juga, kena selit nama suami nanti orang fikir bukan-bukan pula.

Saya cuma seorang isteri yang bahagia, dan tumpang gembira melihat kebahagiaan orang lain.

Sumber: Threads