berita

Lelaki Tak ‘Move On’ Putus Cinta, Minta Bekas Kekasih Bayar Balik RM40k Semua Perbelanjaan

June 20th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seolah-olah tidak ikhlas, seorang lelaki di Shanghai, China viral berikutan dipercayai meminta bekas teman wanitanya membayar pampasan bagi semua perbelanjaan yang pernah dia tanggung sepanjang mereka bercinta. 

Minta bekas kekasih bayar pampasan

Foto: Oddity Central

Memetik laporan antarabangsa, lelaki yang tidak didedahkan identitinya dipercayai membuat senarai perbelanjaan dengan terperinci ketika bercinta dengan bekas teman wanitanya. Menerusi senarai yang dikongsi, dapat dilihat perbelanjaan beratus item yang lengkap dengan tarikh, masa, serta penjelasan khusus.

Bukan itu sahaja, senarai yang dikongsi termasuklah perbelanjaan kecil meliputi dua botol air minuman dan perbelanjaan besar melibatkan kos penjagaan ibu wanita berkenaan yang sakit.

Lelaki ‘kedekut’ ini dipercayai menghantar senarai berkenaan kepada wanita tersebut sebagai bukti wang yang telah dia habiskan bagi menuntut pampasan. Kisah ini turut tular di media sosial China selama lebih seminggu dan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan wargamaya.

Terpaksa bayar hampir RM40k

Foto: Oddity Central

Rata-rata netizen bukan sahaja terkejut akan tindakan lelaki berkenaan, bahkan kagum akan keupayaannya mengingati semua perbelanjaan setelah berbulan-bulan bercinta.

Menerusi senarai yang dikongsi, lelaki ini mendakwa telah membelanjakan lebih 72,000 yuan (anggaran RM47,187) semasa mereka bercinta dan 60,147 yuan (anggaran RM39,415) harus dibayar sebagai pampasan.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada wanita berkenaan bersetuju atau pun tidak membayar wang pampasan seperti mana yang dituntut.

Sumber: Oddity Central

SKIP THIS AD ×