berita

Lelaki Tak ‘Move On’ Tikam Sampai Mati Bekas Teman Wanita Dating Lelaki Lain

February 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Mirror UK

Seorang lelaki dikenali sebagai Abdelaziz El Yechioui Ourzat, 30, berhadapan dengan tuduhan membunuh bekas teman wanitanya yang dikenali sebagai Cristina Ortiz-Lozano, 28.

Wanita malang itu, dipercayai telah dibunuh selepas suspek melihat mangsa bersama lelaki lain yang dipercayai merupakan kenalan menerusi aplikasi Tinder (laman mencari pasangan).

Ada bukti CCTV

Foto: Mirror UK

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror UK, pihak mahkamah mendakwa suspek telah bertindak mengekori mangsa susulan penemuan bukti menerusi rakaman litar kamera tertutup (CCTV). Tidak berakhir di situ, suspek juga telah mengekori mangsa sehingga ke rumah sebelum menikammnya sebanyak 23 kali menggunakan pisau dapur.

Menurut Pendakwa Kerry Maylin, suspek bertindak sedemikian kerana cemburu mangsa keluar bersama lelaki lain ditambah pula sedang marah kepada mangsa sebelum bertindak menyerang mangsa.

Tidak mengaku bersalah

Foto:Mirror UK

Tidak berakhir di situ, pihak mahkamah turut mendakwa berlakunya pergaduhan di antara mangsa dan suspek yang menyebabkan beberapa barang di bilik utama mereka rosak. Difahamkan, selepas mangsa putus cinta bersama suspek, dia (mangsa) telah berjumpa dengan lelaki lain dikenali sebagai Vincente Breso-Biosca, dan mula bercinta.

Susulan daripada kejadian itu, mangsa telah ditemui berbaring di lantai dapur dan bekas tikaman di bahagian tangan dan leher mangsa.

Matanya terbuka tapi dia percaya dia sudah mati, dia tidak bergerak.

Menurut pihak polis, keadaan di rumah tersebut berlumuran dengan darah dan kesan tapak tangan di dinding. Walau bagaimanapun, suspek menafikan segala dakwaan tersebut dan perbicaraan kes ini masih diteruskan.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×