berita

Lelaki Tawar RM5,000 Kepada Yang Memiliki Bukti ‘Dashcam’ Pesalah Langgar Muhammad Zaharif Hingga Maut

December 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Muhammad Zaharif

Seorang individu menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM5,000 kepada mana-mana saksi yang memiliki rakaman ‘dashcam’ bagi membuktikan pesalah melanggar seorang pelajar sekolah, Muhammad Zaharif sehingga maut.

Artikel Berkaitan: Abang Mangsa Kemalangan Nafi Mohon Bantuan Kewangan, Rayu Orang Ramai Bantu Beri Keterangan Pada Pihak Polis

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Boleh Undur Kereta, Anak Saya Merintih 40 Minit’ – Bapa Pelajar Maut Dilanggar

Tawar RM5,000

Muhammad Zaharif

Menerusi hantaran di Facebook, individu yang dikenali sebagai Fahmi Huzairi itu berkata dia bersedia memberikan wang tunai tersebut kepada mana-mana saksi yang memiliki bukti dalam bentuk ‘dashcam’.

Saya bagi komitmen sebanyak RM5,000 kepada mana-mana saksi yang ada bukti dashcam yang boleh membuktikan pelaku Ativa putih memang bersalah melanggar mati pelajar sekolah tempoh hari.

Jika ada rekod video melalui dashcam kereta anda yang jelas membuktikan ini adalah perbuatan bunuh, sila serahkan rekod video itu kepada keluarga mangsa.

Selepas itu jika keluarga dan pihak peguam mangsa mengesahkan video anda membantu proses menegakkan keadilan untuk mangsa di mahkamah, bukti anda beri digunakan di mahkamah sehingga terbukti arwah dilanggar dengan niat bunuh minta keluarga atau wakil peguam mereka menghubungi saya untuk claim ganjaran RM5,000.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen turut menyeru orang ramai membantu mengemukakan bukti yang kukuh bagi membantu siasatan.

Terdahulu, mangsa yang baru sahaja berusia 17 tahun maut di hadapan sekolah selepas dilanggar oleh suspek yang berusia 44 tahun.

Hasil bedah siasat dibuat pihak polis mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh kecederaan pada bahagian dada dan abdomennya akibat pelanggaran yang berlaku.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×