Seorang individu berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila dia sanggup memberikan tempat duduk bersebelahan tingkap kepada lelaki yang pertama kali menaiki kapal terbang.

Arikel Berkaitan: [VIDEO] Caprice Sewa Rumah Baru, Buka Akaun Bank Bantu Pasangan Warga Emas – ‘Lepas Ni Pak Cik Tak Perlu Naik Tangga Dah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pemuda ‘Korban’ Zaman Muda Kutip Sampah, Bantu Sara Tiga Adik Bersekolah – ‘Saya Buat Dua Kerja, Janji Halal’

Pertama kali naik kapal terbang

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, individu yang dikenali sebagai Bashir Fauzi itu berkata, pada awalnya dia menempah tempat duduk tersebut, namun memilih untuk menawarkannya kepada lelaki itu.

Menurut Bashir, lelaki berkenaan kelihatan teruja dan tidak henti melihat pemandangan yang indah di luar tingkap.

Saya tempah tempat duduk di tepi tingkap tapi saya berikan untuk pak cik sebab ini pertama kali dia naik kapal terbang.

Dari take off sampai landing, dia tak berhenti tengok luar tingkap.

Lelaki itu kemudian mengucapkan terima kasih kepada Bashir kerana memberi dirinya peluang merasai pengalaman menikmati keindahan alam dari jendela pesawat tersebut.

Sebelum turun dia cakap, ‘Terima kasih nak, pak cik dapat tengok awan dari atas. Lepas ini tak tahu sempat naik flight lagi ke tak.’

Tiba-tiba, tempat duduk tepi tingkap itu rasa jauh lebih bermakna. Ada pemandangan yang memberi makna lebih besar buat orang lain.

Tak minta balasan apa pun, cuma berharap kalau suatu hari nanti ibu bapa kita dekat luar sana, akan ada orang lain yang layan mereka dengan baik juga nanti.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Bashir yang disifatkan berhati mulia kerana sudi memberikan tempat duduknya demi kegembiraan lelaki tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar Bashir dilimpahkan dengan kebahagiaan sepanjang hidupnya.

Sumber: Threads