berita

Lelaki Tergamak Tumbuk, Tarik Rambut & Tolak Ibu Sampai Jatuh Sebab Ditegur Bising

February 8th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara bertindak agresif menumbuk bahu dan menarik rambut ibu kandung, seorang lelaki berusia 25 tahun telah ditahan polis.

Anak tumbuk, tolak mak sampai jatuh

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Kosmo, kejadian tersebut dipercayai berpunca apabila suspek naik hantu selepas ditegur supaya tidak membuat bising. Mangsa yang berusia 51 tahun itu kemudian meminta anak lelakinya itu senyap dan pergi tidur. Tetapi siapa sangka, teguran tersebut mencetuskan kemarahan suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, suspek kemudian bertindak menumbuk bahu, menarik rambut dan menolak mangsa sehingga jatuh.

Susulan kejadian di ruang dapur rumah itu mangsa mengalami sakit di bahagian bahu. Semasa kejadian suspek dalam keadaan mabuk.

Mangsa yang mengalami kecederaan telah menerima rawatan di Hospital Jempol. Suspek telah ditahan polis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT). Suspek turut direman selama empat hari mulai hari ini hingga 10 Februari.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×