berita

Lelaki Terjah Lokasi Penggambaran Pengabdi Setan 2 Cuba Panggil ‘Ibu’, Tapi Yang Muncul….

August 15th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di TikTok, viral beberapa video yang dirakam oleh seorang lelaki ketika berkunjung ke lokasi penggambaran filem ‘Pengabdi Setan’ yang terletak di Sumber Arta, Bekasi, Indonesia.

Artikel berkaitan: Lokasi Penggambaran Pengabdi Setan 2 Viral, Netizen Kunjung Rumah Pangsa Yang 11 Tahun Tak Berpenghuni

Tunjuk kewujudan kalian

Menerusi rakaman video berdurasi 1:42 saat itu, lelaki tersebut dilihat menyeru ‘entiti’ berkenaan sekiranya mereka benar-benar wujud di kawasan perumahan lama itu. Siapa sangka, seruan tersebut ternyata berhasil apabila lelaki itu berjaya merakam sosok tubuh ‘entiti’ berkenaan di tingkat atas bangunan terbengkalai itu.

Terkejut sebaik sahaja ternampak ‘entititi’ tersebut, lelaki itu terus membaca ayat Kursi. ‘Entiti’ berkenaan kelihatan hilang sekelip mata sejurus lelaki tersebut selesai membaca ayat Kursi. Ketika rakaman dilakukan, lelaki berkenaan turut memberitahu dia terhidu bau busuk pada waktu itu.

Video

@ollanabaslamaniat #ttmfamilly #TTM #hantujawa #PinterMilihTemen #pengabdisetan2 ? suara asli – olla@nabas

Tidak berakhir di situ, lelaki tersebut kelihatan memberanikan diri untuk naik ke tingkat atas dan melihat sama ada ‘entiti’ berkenaan masih wujud ataupun tidak. Sejurus naik ke tingkat atas, ‘entiti tersebut seakan mengganggu dan cuba bermain bersamanya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet yakin tempat tersebut sangat menakutkan.

@ollanabaslamaniat #pengabdisetan2 #PinterMilihTemen #hantujawa #TTM #ttmfamilly ? suara asli – olla@nabas

Ujar warganet, tingkat 7 bangunan tersebut sangat menyeramkan bahkan mereka pernah mendengar pelbagai versi cerita seram mengenai lokasi berkenaan. Namun, ada segelintir netizen tidak mempercayai rakaman video tersebut yang disifatkan sebagai menipu dan telah dirancang.

Sumber: Olla Nabas

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×