berita

Lelaki Terkejut Pemandu Lori Tiba-Tiba Baling Botol Berisi Air Kencing

March 24th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Dengan penggunaan ‘dashcam’ kini semakin popular, bermacam ragam pemandu di atas jalan raya yang dapat dilihat. Terkini, tular satu rakaman ‘dashcam’ memaparkan seorang pemandu mendakwa dibaling objek yang dipercayai merupakan ‘sebungkus’ air kencing.

Pemandu lori enggan berhenti

Foto: Muhammad Saifulzaman Sabirin

Menerusi satu perkongsian pengguna Muhammad Saifulzaman Sabirin di laman Facebook, dia yang memandu di sebuah lebuhraya dan sedang cuba untuk memotong sebuah lori terkejut apabila secara tiba-tiba dilempar objek yang dipercayai berisi air kencing ke atas cermin depan keretanya.

Menurutnya, dia tidak tahu punca yang mengundang kelakuan pemandu lori tersebut, namun pemandu lori itu melempar keluar bungkusan berisi cecair kekuningan tepat pada waktu keretanya melalui sebelah kanan lori.

Tidak tahu dia kenapa, ngam sampai sebelah dia, dia buka tingkap terus lempar.

Kami berhenti di Pusat Rehat dan Rekreasi (R&R) dan sahkan itu air kencing.

Difahamkan, dia telah cuba untuk mengajak pemandu lori tersebut untuk berhenti, namun gagal.

Ajak berhenti tak nak…

Kejadian tersebut difahamkan berlaku semalam namun lokasi tidak dapat dipastikan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati terhadap nasibnya dan mengarahkan pemilik hantaran itu untuk membuat laporan polis.

Video

Sumber: Muhammad Saifulzaman Sabirin

SKIP THIS AD ×