berita

Lelaki Tikam Bekas Teman Wanita Sampai Mati, Bagi Alasan Teringin Nak Bunuh Orang

June 28th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang wanita maut selepas ditikam bekas teman lelakinya yang memberikan alasan membunuh bahawa dia terasa seperti ingin membunuh seseorang, lapor The Sun UK, pada Sabtu.

Ditikam lapan kali

Suspek yang bernama Abid Mahmood, 35 tahun, memecah masuk rumah mangsa, Tamby Dowling, 36 tahun, sambil menghunus sebilah pisau sebelum menikam mangsa sebanyak lapan kali.

Kemudian, Abid bertindak melarikan diri dengan menaiki teksi yang menunggunya di hadapan rumah mangsa, dan dengan bersahaja memberitahu pemandu bahawa dia dapat mendengar suara jeritan Dowling.

Tidak lama kemudian, Abid menyerah diri, serta menyerahkan pisau yang digunakan untuk menikam bekas teman wanitanya itu kepada polis.

Suspek telah ditahan di sebuah hospital selepas mengaku bersalah kerana membunuh tanpa niat dalam percubaannya untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara.

Mahkamah dimaklumkan bahawa Abid mempunyai masalah mental termasuk gangguan skizofrenia.

Abid dan Dowling difahamkan telah berpisah pada Mac tahun lalu kerana masalah kesihatan mentalnya yang semakin buruk.

Sumber: The Sun UK

SKIP THIS AD ×