berita

Lelaki Tikam Imam Baca Al-Quran Di Terengganu Dipenjara 41 Bulan

May 16th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kejadian seorang lelaki menikam seorang imam masjid kerana tidak berpuas hati apabila bacaan al-Quran imam berkenaan mengganggu tidurnya. Kejadian berlaku di Masjid Kampung Apal, Jerteh, Terengganu.

Menerusi Berita Harian, suspek Muhammad Khairil Nawi, 24, merupakan seorang penganggur mengaku bersalah dan dikenakan hukuman penjara 41 bulan di Mahkamah Majistret Besut.

Mendakwa terdengar ‘bisikan’

Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Moh Amin Md Nor, 37, dengan menggunakan pisau. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Sebelum ini tertuduh membuat rayuan kerana dia mendakwa bertindak sedemikian kerana mendengar ‘bisikan’ selain menghadapi tekanan.

Mempunyai rekod jenayah lampau

Tertuduh yang mempunyai rekod jenayah lampau diwakili penguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Fakhrul Fikri Mokhtar dan pihak pendakwa dijalankan Pegawai Pendakwa, Insperktor Norkhizan Ramli.

Berikutan kejadian, mangsa mengalami kecederaan akibat tikaman tersebut dan menerima tujuh jahitan di dada kirinya.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×