berita

Lelaki Warga Emas Lakukan Seks Luar Tabii Dengan Kambing Direman Tujuh Hari

July 29th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Akibat melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga menyebabkan haiwan berkenaan mati, seorang lelaki warga emas direman selama tujuh hari di Serendah, Hulu Selangor.

Lelaki ‘rogol’ kambing betina

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian berkenaan disedari oleh pemilik kambing terbabit pada pukul 1.30 tengah hari selepas dia mendengar kambingnya mengeluarkan bunyi yang pelik.

Ketika wanita berkenaan memeriksa haiwan peliharaannya yang berada di belakang rumah itu, dia mendapati seorang lelaki yang dikenali sedang bangun daripada sebelah haiwan tersebut dalam keadaan separuh bogel sebelum lelaki berkenaan bertindak untuk melarikan diri.

Walau bagaimanapun, lelaki yang berusia 60 tahun itu berjaya ditahan polis dan hasil semakan mendapati dia mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah.

Direman selama 7 hari

Foto kredit : Harian Metro

Suspek telah hadir ke mahkamah pada pukul 9.20 pagi yang dibawa dengan trak serta diiringi dengan dua anggota polis. Perintah reman berkenaan telah dibenarkan oleh Penolong Pendaftar, Mohamad Azrul Muhd Sabri di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.

Susulan daripada itu, suspek direman bermula pada hari ini sehingga 4 Ogos bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377/289 Kanun Keseksaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, pihak polis akan melengkapkan kertas siasatan berkenaan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan selanjutnya.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×