Pelakon, Isa Khan berpandangan bahawa lelaki yang suka berlaku curang tidak layak untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ketua keluarga.

Artikel Berkaitan: ‘Lelaki Yang Belikan Isteri Baju Raya Ketat & Dedah Aurat, Kau Suami Dayus’ – Isa Khan

Artikel Berkaitan: ‘Rasulullah Ajar Adab Dengan Makanan’ – Isa Khan Tegur Johan Ghazali Isu Label Kunafa ‘Makanan Sampah’

Lelaki curang

Menerusi hantaran di Threads, Isa atau nama lengkapnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 32, berkata sikap tidak setia dalam hubungan menunjukkan seseorang lelaki itu belum bersedia untuk menjadi penghulu keluarga.

Lelaki yang suka curang ini tak layak jadi suami. Macam mana nak jadi imam dalam keluarga kalau sebelum kahwin pun sudah berlaku curang.

Perkongsian pelakon itu kemudian mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan dilontarkan Isa mengenai kepentingan kesetiaan dalam sesebuah hubungan.

Malah, ada juga netizen yang menyifatkan sikap curang bukan sahaja mampu merosakkan hubungan, tetapi turut memberi kesan besar terhadap institusi kekeluargaan.

Sebelum ini, Isa pernah berkongsi pandangannya mengenai sikap segelintir suami yang membiarkan isteri berpakaian terlalu ketat dan tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurut Isa, golongan lelaki yang gagal membimbing serta menjaga batas aurat ahli keluarga disifatkan sebagai dayus.

Sumber: Threads