berita

Lelong Kaw Kaw Ikut SOP – H Trends Tawar Diskaun Hebat Sehingga 80% Untuk Perkakas Dapur & Bilik Air

March 11th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Apakah ruang rumah yang sering digunakan oleh semua orang pada setiap hari? Semestinya dapur dan bilik air. Lagi-lagi sejak duduk di rumah ni. Kami yakin korang pun mesti banyak kali gunakan ruang dapur dan bilik air.

Ada perkakas dapur atau bilik air yang dah lama tak ditukar bertahun-tahun? Jangan tunggu sampai rosak baru nak tukar. Haa kalau merancang nak tukar, korang boleh singgah sini sebab tengah ada promosi perkakas dapur dan bilik air hebat sekarang.

Jom datang ke H Trends, ada promosi Jualan Gudang ‘Lelong Kaw Kaw’

Pada korang yang tengah mencari perkakas dapur dan bilik air yang murah-murah, kami ada berita baik. H Trends yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, akan mengadakan Jualan Gudang ‘Lelong Kaw Kaw’ bermula 12 hingga 21 Mac 2021, jam 9.30 pagi hingga 6 petang.

Jangan risau! Untuk mengadakan sale hebat macam ni, H Trends telah pun mendapat kelulusan SOP. Korang pun rasa yakin untuk berbelanja dengan selamat. Pastikan korang patuh pada SOP yang dikenakan okay?

Meh kami belanja sikit apa yang ada kat H Trends.

Pelbagai perkakas dapur & bilik air berjenama dengan harga berbaloi!

Untuk pengetahuan korang, H Trends cukup terkenal sebagai lubuk barangan dapur dan bilik air yang menarik. Cakap je apa korang nak. Peralatan sanitari, peralatan elektrik, kabinet, paip, cermin, tuala, semua ada!

Banyak jenama yang ada di H Trends. Korang boleh tengok gambar kat atas ni, semuanya jenama terkemuka tau. Rugi kalau tak datang. Barangan dah la berjenama dan berkualiti, harga pun berbaloi. Sayang la kalau terlepas peluang keemasan macam ni.

Produk dari kilang dengan tawaran lebih hebat!

H Trends tawarkan barangan berkualiti dengan harga berpatutan kerana produk-produk ini datang terus dari kilang. Mereka jugak ada tawarkan produk-produk lama dengan harga lebih murah.

Diskaun penghabisan stok perkakas bilik air sehingga 80%!

Nama pun Jualan Gudang ‘Lelong Kaw Kaw’ kan? H Trends memang nak lelong sampai habis stok! Paling menarik, mereka buat clearance perkakas bilik air yang mereka ada.

Diskaun pun luar biasa wei, sehingga 80% tau. Ni la masanya untuk korang tukar perkakas bilik air korang yang dah lama tu.

Stok gred B untuk perkakas dapur ada diskaun sehingga 70%!

Kalau korang nak tahu, H Trends jugak akan menawarkan diskaun sehingga 70% untuk stok perkakas dapur gred B. Stok yang ditawarkan sama ada yang display, mempunyai lekuk atau calar sedikit, tapi boleh digunakan seperti biasa.

Fuh, rambang mata dibuatnya! Banyak lagi korang boleh dapat sewaktu Jualan Gudang ‘Lelong Kaw Kaw’ H Trends. Lagi puas hati kalau korang datang dan tengok sendiri. Jangan lupa catat siap-siap barang yang korang nak rebut nanti okay?

Jualan Gudang ‘Lelong Kaw Kaw’ H Trends

Tarikh: 12 – 21 Mac 2021
Masa: 9.30 pagi – 6 petang
Alamat: No. 240, Batu 2, Jalan Ipoh, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur
Lokasi Jualan Gudang: Belakang Dynasty Hotel
No. telefon: 0340455980/Whatsapp +6017-2293116
Waze: H Trends Bathroom Centre (https://waze.com/ul/hw2864197n)

*Tertakluk pada terma dan syarat
*Sementara stok masih ada

Tunggu apa lagi? Jom pecut ke Jualan Gudang ‘Lelong Kaw Kaw’ H Trends. Bukan senang korang nak dapat tawaran hebat macam ni. Paling penting, jangan lupa patuh pada SOP. Selamat membeli-belah!

Untuk info lanjut, korang boleh like dan follow mereka di Facebook Page H Trends Bathroom Centre.

SKIP THIS AD ×