berita

Lemak Manis & Lembut, Resepi Bingka Susu Ini Mudah Untuk Disajikan

March 26th, 2019 | by Amirul Asraf
MyResipi

Bingka atau bengkang adalah sejenis kategori kuih dalam masyarakat Melayu. Ianya terdiri daripada pelbagai jenis rasa seperti gandum, ubi kayu, kelapa, berkuah dan susu. Selain itu, ia juga merupakan pemanis mulut yang digemari ramai tidak kiralah golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

Seorang pengguna Facebook, Syikin Manan telah berkongsikan cara membuat bingka susu dengan teknik lebih mudah dan cepat.

Bahan-bahan diperlukan

Bahan A

  • 1 cawan tepung gandum (di ayak dahulu)
  • 1 cawan susu segar (boleh juga guna susu cair)
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 2 sudu gula (kalau tak suka manis boleh kurangkan)
  • 2 biji telur

Bahan B

  • 2 cawan air
  • 6 1/2 sudu besar marjerin
  • 5 sudu tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu garam

Cara-cara

1. Satukan semua bahan A dan kacau sehingga sebati. Tak pun boleh saja masukkan dalam balang kisar dan kisarkan sehingga tidak berketul.

2. Campurkan semua bahan B ke dalam periuk dan dikacau sehingga sebati.

3. Kemudian masakkan atas api yang kecil sehingga menjadi likat.

4. Kemudian masukkan ke dalam loyang yang telah disapu marjerin supaya tak melekat.

5. Last sekali boleh taburkan bijan sebagai hiasan. Bakarkan pada suhu 160c selama 40 minit ataupun sehingga garing.

Dah siap

Jika korang ingin makan dalam keadaan yang sejuk, korang boleh masukkan ke dalam peti sejuk. Nak tambah ais krim pun boleh. Selamat mencuba!

Sumber: Syikin Manan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×