Hantaran terbaharu Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mendedahkan seorang individu bergelar selebriti meminta untuk mengeluarkan namanya daripada penerima zakat kerana sudah mampu meraih perhatian.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Pembayar Zakat Tertinggi Dalam Kalangan Artis, Tak Pernah Culas Bayar Sejak 5 Tahun Lalu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Hukum Zakat Fitrah Dibayar Secara Online? Ini Penerangan Ustaz Azhar Idrus

‘Ada insan seni…’

Menurut LZS, sebelum ini individu itu pernah menjadi salah seorang penerima zakat susulan mempunyai halangan bekerja kerana perlu menjaga anaknya yang menghidap penyakit masalah tulang belakang.

Kami terima mesej ini daripada seorang insan seni yang pernah menerima bantuan zakat demi rawatan anaknya yang menghidap penyakit masalah tulang belakang.

Kini, selepas pemergian anak tersayang dan dengan sedikit ruang yang Allah beri untuk dia kembali bekerja semula, dia memilih untuk keluar sendiri dari penerima bantuan supaya boleh diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Dalam pada itu, LZS memuji tindakan individu itu kerana memahami tanggungjawabnya dengan memberi ruang kepada orang yang lebih memerlukan menerima zakat.

Kami terharu dan kami doakan agar rezeki beliau terus diluaskan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Inilah antara kisah luar biasa yang berlaku hasil zakat anda semua.

Sumber: Instagram