berita

Lembut & Cair Dalam Mulut, Ini Cara Nak Buat Dadih Guna Susu Full Cream. Sedap & Berkhasiat!

April 25th, 2019 | by Ai
MyResipi

Dadih antara menu pencuci mulut yang disukai ramai tidak kiralah orang dewasa mahupun kanak-kanak. Teksturnya yang lembut dan mudah cair dalam mulut pastinya mampu mengambat selera sesiapa sahaja. Biasanya, dadih disajikan dengan pelbagai jenis perisa kan?

Tapi, kali ini kami mahu kongsikan resepi daripada Afieyza Isahak iaitu cara nak buat dadih dengan menggunakan susu full cream. Memang sedap dan berkhasiat!

Dadih Susu full cream

Sungguh, sangat-sangat sedap! Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikkan dia itu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang!

Okey, Cik Fieyza salin resepi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! Kredit resepi untuk Puan Niswah Hasina.

Bahan-bahan

  • 1 liter susu kotak (Ducth Lady Full Cream Milk)
  • Agar-agar tali 20 gram. Guna 1/3 saja.
  • Gula ikut kemanisan sendiri
  • Garam secubit rasa
  • 1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar

Cara-cara

1. Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.

2. Kemudian, masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa anda. Cukup sampai naik wap dan boleh tutup api.

3. Biarkan sejuk sedikit, kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

4. Siap!

Sumber: Novelis Afieyza Isahak

SKIP THIS AD ×