berita

Lembut & Lemak Manis, Resepi Puding Biskut Crackers Ini Guna Rice Cooker Je

March 19th, 2019 | by Hazurin
MyResipi

puding

Puding antara pemanis mulut yang digemari ramai tidak kiralah golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Disajikan dalam pelbagai bentuk, warna dan rasa ia sesuai dihidangkan pada bila-bila masa sahaja.

Seorang pengguna Facebook, Suriea Mohd Noor telah berkongsikan cara membuat puding dengan teknik lebih mudah iaitu menggunakan rice cooker.

Puding biskut Crackers versi rice cooker

puding

Alhamdulillah. Dapat penuhi hajat cikgu. Bulan januari lalu, cikgu nak order tapi waktu itu kak sibuk nak kenduri kawin anak. Hari sabtu baru ini, cikgu tanya lagi nak order puding biskut febretnya untuk pagi Isnin. Ok cikgu in shaa ALLAH.

Masalah nak membuat puding ini ialah kena berdiri lama untuk kacau adunan. Macam nak buat puding jagung itu. Kalau tak kacau, berkerak dan hangus kat dasar periuk. Hmm, dah berumur ini, cepat lenguh kaki..

Pastu, terfikir kenapa tak gunakan periuk nasi elektrik ajer.. Bawak ke lantailah periuk nasi, sukat bahan2, kak pun mengacau larutan puding dengan gembira. Duduk bersilalah, hasil pun memuaskan. Anak beritahu, Cikgu kata sedap puding ibu. Syukur, Terima Kasih cikgu. Order yang ini cikgu nak warna hijau.

Bahan-bahan

puding

Hasil: anggaran 24 biji acuan ros

  • 20 gram agar-agar serbuk
  • 6 cawan air masak
  • 12 keping biskut cream Crackers (jenama Munchys)
  • 1 cawan susu pekat/krimer pekat manis
  • 1 cawan susu isian sejat/susu cair (guna jenama ideal lebih sedap)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • Pewarna pilihan. Saya guna pewarna star brand

Sukatan menggunakan cawan dan sudu metrik.

Cara-cara

puding

puding

1. Mula-mula, kita masukkan susu cair ke dalam blender. Masukkan biskut, patah2kan sedikit. Masukkan susu pekat/krimer manis. Blend semua bahan. Ketepikan.

2. Sediakan periuk. Masukkan 6 cawan air masak (air pada suhu bilik ye, bukan air panas, nanti agar-agar serbuk akan berketul-ketul). Masukkan agar2 serbuk. Kacau rata. Gunalah senduk untuk kacau larutan.

3. Kemudian, ON kan suis periuk nasi dan tekan butang COOK. Sentiasa kacau larutan. Setelah 5 minit, masukkan gula dan kacau sebati. Terus mengacau larutan, anggaran 5 minit lagi (total 10 minit).

4. Setelah 10 minit, masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk secara perlahan.

5. Terus mengacau larutan, anggaran 15 minit. Larutan menjadi pekat sedikit dan kita tak nak bahan-bahan hangus di dasar periuk.

Kena kacau selalu

puding

5. Setelah 10 minit yang pertama dari total masa 15 minit berlalu, berhenti mengacau larutan sekejap. Kita nak tunggu buih-buih muncul tanda larutan dah mendidih. Bila dah didih sekejap, terus mengacau ye. Tak nak hangus. Dan OFF suis periuk nasi.

6. Angkat periuk nasi yg ada larutan puding dan letak atas alas yg tahan panas. Kalau nak buat puding satu warna, bolehlah masukkan pewarna terus je dalam periuk. Kacau rata.

7. Siapkan acuan yang hendak digunakan. Basahkan acuan dengan air dan toskan. Tak payah lap.
Mudah untuk keluarkan puding nanti.

Isi dalam acuan

puding

8. Keraskan pada suhu bilik selama 1 jam sebelum dimasukkan ke peti sejuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Suriea Mohd Noor