Baru-baru ini, anak kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona menerima kecaman dari wargamaya apabila memuat naik gambar dirinya menyambut perayaan Haloween dengan imej yang lebih seksi di Instagram.
Menurut mereka, tindakan Leona itu dianggap sebagai tidak sensitif di kala berlakunya kemelut peperangan yang melanda saudara sesama Islam di Palestin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona Pakai Seksi Lagi, Netizen Dah Tak Kecam Tapi ‘Respect’ – ‘Dia Memang Kebal’
‘Sekurangnya dia dah ke sana’
Terbaharu, Azhar atau lebih mesra disapa Behar tampil mempertahankan anaknya itu dengan memuat naik gambar Leona sewaktu menziarahi Masjid al-Aqsa yang bertempat di Palestin menerusi Instagram.
Menurut Azhar, meskipun mendapat kecaman daripada ramai pihak sekurang-kurangnya Leona pernah menjejakkan kaki ke sana.
Sekurang-kurangnya dia dah sampai sana dan melihat sendiri pembulian abdi Israel.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan gaya penulisan yang disampaikan Azhar menerusi hantaran tersebut.
Menurut mereka, kapsyen yang ditulis itu akan memburukkan lagi keadaan dengan menambah kebencian orang ramai terhadapnya.
Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis Azhar dilihat sudah memadam posting tersebut.
Sumber: Instagram