berita

Lepas Baca 5 Sebab Ni Confirm Korang Nak Support Produk Jenama Malaysia

April 30th, 2018 | by Epul
Gaya Hidup

Siapa kat sini rajin shopping? Tak kisahlah shopping online ke, pergi pusat beli-belah ke, night market ke tak pun kedai bundle… Semua tu kira shopping yang penting duit mesti keluar, kan? Hehehe…

Tapi, biasanya, korang shopping beli barang atau produk jenama apa dan dari mana? Ada orang suka jenama luar negara sebab nampak ‘gah’ gitu… Ada yang suka jenama Malaysia sebab terjamin hasil pembuatannya dari air tangan rakyat negara kita sendiri. Tapi ikut orang dan terpulanglah, pilihan masing-masing kan…

Kalau korang belum pernah beli barang jenama Malaysia, cuba korang baca sebab-sebab kat bawah ni tentang kenapa korang kena support produk jenama Malaysia. Confirm korang tukar ‘selera’ lepas ni…

1. Produk Malaysia dihasilkan daripada bahan semula jadi dari tanah air sendiri

Kalau korang beli produk jenama luar, adakah korang percaya 100% ia diperbuat daripada apa, mana datang sumbernya dah bagaimana cara pembuatannya? Lainlah produk Malaysia, kalau ia dihasilkan dari bahan semula jadi, sah sumber bahannya adalah dari negara kita. Semuanya asli, berkualiti dan paling penting selamat!

Macam produk kat bawah ni:-

Diorang jual deodoran yang diperbuat asli daripada bahan semula jadi tau. Memang bebas toksin dan tiada bahan kimia membahayakan kulit!

A post shared by The Hiro House (@thehirohouse) on

2. Terlalu banyak koleksi fesyen menarik dan unik dengan fabrik berkualiti setanding jenama antarabangsa

Apa yang kita dapat lihat, koleksi fesyen luar kebanyakkan pilihannya terhad kan? Jika nak dibandingkan jenama fesyen Malaysia, mereka ada lebih banyak koleksi unik yang korang boleh mix & match. Bukan tu je, corak-corak melambangkan keharmonian Malaysia pun banyak dijual. Boleh pakai pergi jalan, ke pejabat dan lain-lain waktu…

Bukan saja harganya murah, kualiti kain yang digunakan juga selesa dipakai malah ia boleh didapati dalam pelbagai saiz sehingga XXL tau! Tak percaya? Tengok jenama-jenama fesyen Malaysia kat bawah ni:-

A post shared by 51stMay (@51stmay) on

A post shared by KOHVI (@kohvi.kohvi) on

A post shared by Rack Studios (@rackstudios) on

3. Produk kosmetik jenama Malaysia bukan sekadar murah & berkualiti tapi pelbagai fungsi!

Orang perempuan mesti rajin makeup kan? Tapi nak beli produk kosmetik luar mahal… Kalau korang tak tau, produk jenama Malaysia pun apa kurangnya! Ada di antaranya bukan saja boleh mencantikkan muka korang malah menyegarkan dan membuatkan kulit muka bermaya! Wow, banyakkan fungsinya?

Jangan terkejut kalau korang tengok harganya, lebih murah berbanding jenama luar tau! Malah, ramai kawan-kawan admin pun ada guna jenama kosmetik Malaysia, hasilnya sangat bagus pada kulit malah mampu bertahan sepanjang hari! Antara produk-produk jenama Malaysia yang korang kena try, tengok kat bawah ni…

A post shared by Breena Beauty (@breenabeauty) on

Dari pelembap, highlighter3-in-1 makeup stickblending pearl, gincu sampailah berus makeup pun ada. Trylah!

4. Banyak pilihan aksesori yang elegan, unik dan boleh dipadankan dengan pelbagai gaya

Korang yang selalu tengok cermin 3-4 kali sebelum keluar rumah, mesti bosan kalau gayakan fesyen dan look yang sama hari-hari kan? Well, guess what? Jenama Malaysia sebenarnya banyak tawaran aksesori unik untuk lelaki dan wanita. Semuanya cantik dan boleh dipadankan mengikut mood dan gaya harian korang!

Tengok jenama-jenama Malaysia yang cool kat bawah ni…

A post shared by MEM Watches (@memwatches) on

A post shared by PIN.lah (@pin.lah) on

Cantik-cantik dan comel-comel kan semuanya?

5. Malaysia ada produk rawatan kulit berasaskan tanah liat. Jenama luar ada?

Mungkin ramai di antara korang familiar dengan penggunaan tanah liat dalam pembuatan produk untuk penjagaan atau perawatan kulit di Malaysia. Tapi, jarang sikitlah kalau di negara luar. Kalau kat Malaysia, dah meluas tau! Sebab apa, tanah liat ni bagus untuk merawat kulit rosak! Ia mudah meresap ke dalam kulit dan tidak berminyak…

Dah tentu-tentunya tanah liat yang digunakan berasal dari Malaysia, mestilah dijamin selamat. Confirm kulit muka korang cantik sebelum raya! Nak cuba produk rawatan kulit berasaskan tanah liat? Cuba yang ni…

Kalau nak produk rawatan kulit yang bukan berasaskan tanah liat pun ada…

Kat mana nak dapatkan semua produk jenama Malaysia kat atas ni?

Amacam? Cantik-cantik, hebat-hebat dan unik-unik kan semua produk jenama Malaysia kat atas ni? Tak sangka betul rupanya Malaysia ada banyak pilihan hebat setanding jenama luar negara kan? Kat mana nak dapatkan semua barang-barang ni? Semuanya ada kat Picksum!

Kalau korang tak tahu, Picksum adalah platform e-commerce di Malaysia yang menawarkan produk berkualiti tinggi dan mengikuti trend semasa! Banyak pilihan jenama dari fesyen, aksesori, penjagaan kulit dan kecantikan korang boleh jumpa kat Picksum. Semuanya best-best!

Picksum ada buat sale sempena Hari Pekerja tau!

Sempena Hari Pekerja, Picksum ada buat Picksum’s Labour Day Sales pada 1 Mei ni dengan tawaran diskaun sehingga 50%. Wow! Layari dan terus bookmark laman web INI supaya tak terlepas sale yang ada!

Jom, #GoPicksum!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Writer yang gila salted egg butter chicken. Nak belanja? Follow akaun media sosial kat tepi kiri ni dulu atau drop email ke [email protected] untuk cara lebih profesional.

Most Read Today