berita

Lepas KLCC, Mereka Claim Songket & Batik Pula…Habis IG Ratu Cantik Malaysia Kena Serang

October 15th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Jika diteliti, sudah kerapkali rakyat negara jiran, Indonesia mendakwa beberapa ciri budaya seperti makanan, tarian dan pakaian sebagai milik mereka. Antaranya juadah rendang, tarian kuda kepang dan lagu Rasa Sayang.

Terbaru, pakaian wakil negara ke pertandingan ratu cantik, Miss Grand International, Debra Jeanne Poh mengundang perhatian netizen Indonesia sehingga ‘menyerang’ ruangan komen Instagram page itu.

Lawatan ke Myanmar

Debra dilihat mengenakan blaus bermotif batik parang ketika melawat Kanbawzathadi Golden Palace di Yangon, Myanmar, tempoh hari. Beberapa foto Debra mengenakan pakaian berkenaan menerima kecaman dan kritikan netizen Indonesia yang beranggapan peserta itu tidak mempunyai identiti negara sendiri untuk diketengahkan.

Kita serumpun tapi..

‘Berterima kasih’ guna batik Indonesia

Selain ‘serangan’ kecaman diterima, netizen negara itu juga turut menyindir dengan komen-komen berterima kasih kepada wakil negara kerana memakai pakaian yang menjadi budaya Indonesia.

Debra upload IG story

Debra kemudiannya memuatnaik beberapa IG story untuk respon terhadap kecaman yang diterimanya itu. Antaranya dia hairan dengan dakwaan batik milik negara itu selain mendoakan pihak berkenaan berubah.

Ya Tuhan, mereka turut claim batik Malaysia, tolonglah ampunkan kebodohan mereka. Pertama sekali, saya tak claim apa-apa. Ianya hanya pakaian yang saya pakai, saya bangga pakai.

Kepada peminat yang mempertahankan saya, terima kasih atas sokongan selama ini. Tapi yang penting kita tak perlu ke tahap serendah mereka. Mari kita abaikan dan doakan yang terbaik untuk mereka.

Bagaimanapun, Debra kemudiannya menukar akaun profil Instagram kepada mode private.

Turut claim songket

     Selain batik, dress songket disarung Debra turut dikritik netizen negara itu atas alasan sama.

Sumber: Miss Grand Malaysia, Malay Mail

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×