berita

‘Lepas Nikah Terus Berubat’ – Imran Aqil Dedah Ustaz Rasa ‘Panas’ Masa Hari Nikah

April 19th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Pelakon Imran Aqil mendedahkan diganggu makhluk halus ketika hari pernikahan bersama isterinya, Dahlia Rizal.

Artikel berkaitan: Dahlia Rizal Terharu Suami Bagi Guna Kad Debit Untuk ‘Shopping’ – ‘Suami Yang Memahami, Terima Kasih Sayang’

Artikel berkaitan: Imran Aqil & Dahlia Rizal Pertama Kali Beraya Sebagai Suami Isteri, Tak Bergaduh Nak Balik Kampung

Ustaz rasa ‘panas’

Menerusi podcast Sembang Seram, Imran dan Dahlia ada menjemput seorang ustaz untuk menghadiri majlis mereka.

Ketika keberadaan ustaz tersebut di hari penting mereka, dia dapat merasakan sesuatu yang ‘panas’ sedang mengganggu.

Ada peristiwa masa hari pernikahan aku. Dahlia ada seorang ustaz daripada umur dia 14 tahun lagi jadi kami jemput ustaz tu datang hari nikah kami.

Semasa majlis tu, ustaz aku cakap dekat salah seorang adik-beradik Dahlia ‘agak panas ni’.

Sebelum nikah memang dah ada tekanan. Kaedah ustaz ni berbeza, cara dia dengan menangkap.

Masa aku tengah akad nikah tu, dia tengah tangkap benda-benda yang mengacau.

Menurut Imran, ada berlaku perbalahan antara keluarganya dan keluarga Dahlia tentang majlis pernikahan tersebut.

Waktu tu memang intense sebab ada keluarga aku bergaduh dengan keluarga Dahlia sebab tentang kedudukan tempat duduk dalam majlis tu. Memang hangat masa tu.

Berubat selepas nikah

Selepas selesai nikah, Imran dipanggil bersama ibu bapa Dahlia untuk mendapatkan rawatan berubat dengan ustaz berkenaan.

Bila dah selesai je sesi nikah, aku kena pergi dekat satu bilik VIP dan aku nampak ada ustaz tu, ada mak ayah Dahlia dan kami berdua disebabkan nak kena berubat.

Terus buat selepas nikah. Ustaz tu ambil lada hitam, letak di jari mak Dahlia. Lepas tu, mak Dahlia ada reaksi sakit. Buat dekat Dahlia pun perkara yang sama jadi cuma dia tak bersuara.

Sampai turn aku masa tu duduk dekat lantai dia cakap ‘Alhamdulillah, awak tak ada’.

Dalam pada itu, Imran memberitahu pengalaman diganggu itu merupakan kali pertama terjadi dalam hidupnya.

Aku jarang gila dalam keluarga aku kena kacau ke apa. Totally tak pernah. Itu adalah pertama kali pengalaman aku.

Untuk rekod, Imran dan Dahlia sah bergelar suami isteri pada 9 September tahun lalu di Villa Istana Ayer Keroh, Melaka selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Sumber: Youtube

SKIP THIS AD ×