berita

Lepas Orang Awam Call Polis, Kedai Terima Pelanggan Pakai Tag Kuarantin Diarah Tutup!

July 22nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pihak polis berjaya mengesan seorang lagi pesakit dalam pemantauan (PUS) memakai tag kuarantin Covid-19 yang berada di restoran di Jalan Sungai Udang, Klang. Polis telah menerima laporan daripada orang awam dengan menyaksikan pakcik tersebut sedang minum di kedai berkenaan.

Menaiki kenderaan dibawa kawan

Menerusi laporan Metro, laporan yang diterima pihak polis pada 22 Julai 2020 jam 10.15 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Klang Selatan iaitu Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata polis tiba di lokasi yang dimaklumkan bersama penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), bagaimanapun suspek tiada di lokasi.

Orang awam menghubungi polis memberitahu terdapat lelaki memakai tag kuarantin Covid-19 minum di restoran di Jalan Sungai Udang.

Pemilik restoran memaklumkan suspek ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan lanjut dengan menaiki kenderaan yang dibawa oleh kawannya yang bekerja di restoran itu.

Negatif Covid-19

Pesakit tersebut menjalani kuarantin di rumah dari 9 Julai lalu sehingga 23 Julai selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari India.

Maklumat terkini yang diperolehi, lelaki berumur 55 tahun dari Setapak itu mendapatkan ujian saringan Covid-19 kali kedua di klinik kesihatan disahkan negatif Covid-19.

Suspek tidak sepatutnya berada di tempat awam memandangkan dia masih dalam status kuarantin sebelum ke klinik terbabit.

Polis akan mengambil tindakan kompaun ke atas suspek dan restoran yang membenarkan suspek masuk diarahkan tutup serta merta.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×