berita

Lepas Satu, Satu! Banyak Betul Masalah ‘Menakutkan’ Penduduk Kampung Kolestrol.. Tonton Episod Akhir Malam Ini!

June 2nd, 2021 | by Zulaikha
Shout Out!

Sedar tak sedar malam ini, merupakan espisod terakhir drama Kampung Kolestrol yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Rabu pada jam 8.30 malam di TV9. Drama lucu ini dibarisi oleh para pelakon hebat iaitu Ziana Zain, Mas Idayu, Rusdi Ramli, Sufian Suhaimi, Adi Putra, Hun Haqim, dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan: Apa Jadi Bila Dua ‘Madu’ Kena Jaga Satu Kampung? Confirm Kalut! Tonton Kampung Kolestrol Di TV9 Bermula 20 April

Drama ini menceritakan mengenai gelagat dua wanita yang menggalas tanggungjawab untuk menjaga kebajikan penduduk kampung di samping perlu menyelesaikan masalah-masalah yang timbul tanpa kehadiran suami di sisi. Drama Kampung Kolestrol ditonjolkan menerusi watak utama Kak Bib yang merupakan Ketua Kampung wanita pertama di kampung berkenaan dan dibantu madunya sendiri melalui watak Kak Gee yang merupakan Timbalan Ketua Kampung.

Salah cipta formulasi?

Apa yang menjadi permasalahan utama di kampung itu, adalah tahap kesihatan penduduk yang mengamalkan gaya hidup yang tidak ‘sihat’ dan sama sekali tidak mengambil berat terhadap kesihatan diri. Di samping itu, wujud masalah-masalah lain yang perlu diselesaikan dengan kadar yang segera bagi mengelakkan kampung tersebut menjadi kucar-kacir.

Bagaimanapun, setiap masalah-masalah ini dapat diselesaikan oleh anak-anak Kak Bib dan kak Gee yang akan bertanggungjawab untuk menyiasat dan menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku. Kemuncak masalah yang dihadapi oleh kampung ini berlaku apabila anak kepada salah seorang penduduk di situ yang merupakan bakal saintis tersalah cipta formulasi menyebabkan satu wabak hormon melanda kampung itu.

Apa yang lebih merisaukan, wabak tersebut boleh berjangkit antara satu sama lain dan jika seseorang lelaki itu terkena akan mengubah hormonya menjadi perempuan dan sebaliknya. Perkara tersebut secara tidak langsung menyebabkan penduduk Kampung Kolestrol terpaksa dikuarantin dan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Apa akan jadi kepada penduduk kampung?

Penyebaran wabak tersebut secara tidak langsung menyebabkan penduduk di situ mula memberontak berikutan terpaksa berkurung di rumah. Bagaimanapun, Ketua Kampung dan Timbalan Ketua Kampung menerusi watak Kak Bib dan Kak gee perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan wabak tersebut tidak tersebar ke kampung sebelah.

Nak tahu kesudahan apa yang bakal terjadi kepada penduduk Kampung Kolestral sama ada wabak ini boleh sembuh atau tidak? atau lebih banyak masalah baru yang timbul? Jangan lupa saksikan drama ini jam 8.30 malam di TV9 atau pun boleh layan secara terus menerusi web Tonton.

SKIP THIS AD ×