berita

Lepas Tangan Urus Anak, Suami ‘Naik Kepala’ Bila Tinggal Serumah Dengan Ibu Sendiri

October 21st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan antara suami dan isteri yang tidak akan lari diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang. Bagaimanapun, setiap pasangan perlu sabar menempuhinya bersama bagi memastikan perhubungan tersebut berkekalan buat selama-lamanya.

Artikel Berkaitan: Konon Datang Rumah Ambil Barang, Suami ‘Gila Talak’ Tergamak Rogol Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk

Artikel Berkaitan: ‘Aku Sanggup Buat Apa Saja!’ – Lelaki Gila Talak Sanggup Fitnah ‘Check In’ Dengan Isteri Sebab Nak Rujuk

Artikel Berkaitan:Bertahun Kerja Luar Negara Demi Keluarga, Hantar Duit RM8k Sebulan, Tahu-Tahu Suami Di Malaysia Kahwin Lain

Suami abai tanggungjawab kepada anak

Sekadar gambar hiasan

Seperti luahan seorang wanita menerusi page Kisah Rumah Tangga di laman Facebook, tampil menceritakan perangai suaminya yang dikatakan tidak bertanggungjawab kepada anak mereka sendiri. Lebih menyakitkan hati, si suami seolah mementingkan diri sendiri.

Bayi sekarang dua bulan lebih. Dari lahir sampai sekarang dah biasa tidur bawah tak tidur atas katil. Bila bawa bayi tidur atas katil suami macam tak suka. Katanya sebab kacau dia nak tidur. Nanti siang nak kerja. Saya sendiri pun kerja pagi ke malam. Tiap malam saya berjaga untuk bagi anak susu.

Mengulas lebih lanjut, wanita ini menceritakan pada waktu siang anaknya akan dijaga oleh ibu mentua berikutan mereka tinggal bersama.

Saya pun penat jugak, tak cukup tidur . Dari awal mengandung smpai 10 hari sebelum due date saya kerja, habis pantang saya kerja balik. Tapi saya sambung kerja juga sebab saya tau nak harapkan suami saya saja memang tak cukup.

Hati dah rasa tawar

Sekadar gambar hiasan

Wanita ini turut akui berasa penat dengan situasi yang dihadapinya dan sama sekali tidak mempunyai tempat untuk mengadu. Ujarnya lagi, apa yang bermain di fikirannya hanyalah perkataan ‘cerai’ dan ingin membawa anaknya pulang ke kampung sebagai solusi namun, disebabkan anak tersayang dia terpaksa kuat.

Suami tak pernah bangun malam nak bagi anak susu, mandikan anak pun tak pernah apatah lagi nak tukar lampin. Langsung tak pernah. Banyak yang dipendam dari mengandung berpantang sampailah sekarang.

Saya penat sangat tapi sebab anak saya kuatkan juga.

Pada masa yang sama, wanita tabah ini mengaku berasa cemburu dengan pasangan yang lain di mana si suami mampu untuk menjaga anak bersama-sama bermula dari tempoh mengandung hinggalah selamat melahirkan cahaya mata.

Terlalu banyak yang dipendam, hati dah rasa tawar.  Baru nak masuk 2 tahun berkahwin.

Respon netizen

Perkongsian wanita ini meraih pelbagai respon daripada netizen yang memintanya supaya meluahkan segala apa yang terpendam kepada suaminya.

Pada masa yang sama, netizen turut mendoakan supaya dia terus cekal mendepani hari-hari yang mendatang dalam membesarkan anak tersayang.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

SKIP THIS AD ×