Sejak kebelakangan ini, kisah beberapa kanak-kanak peminta sedekah berbangsa Rohingya telah menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Tak dinafikan, kebiadapan dan sikap mereka yang agak agresif ketika meminta duit mengundang kemarahan orang ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Warganet Geram, Cermin Kereta Dah Banyak Kali Kena ‘Ketuk’ Dengan Kanak-Kanak Rohingya Samseng
Harap dihantar ke negara asal
Baru-baru ini, satu perkongsian dari akaun TikTok @fifi_story07 menunjukkan beberapa gambar kanak-kanak terbabit dipercayai telah ditahan pihak berkuasa. Meskipun tidak dapat dipastikan identiti individu yang diangkut oleh pihak berkuasa tersebut namun orang ramai mengakui berpuas hati dengan tindakan pantas pihak berkuasa.
Kan dah kena kutip. Harap kutip depa semua ni hantar tempat asal masing-masing, duduk negara orang perangai macam apa je.
Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen berharap agar individu terbabit akan dihantar semula ke negara asal mereka dengan kadar segera. Hal ini kerana, tindakan kanak-kanak berbangsa Rohingya ini berkeliaran sambil meminta duit dari pengguna jalan raya dengan cara kasar bukan sahaja mengganggu ketenteraman malahan mendatangkan ketakutan kepada orang awam.
‘Kan dah kena kutip’
@fifi_story07 Kan dah kena kutip..harap kutip depa semua ni hantar tempat asal memasing ddk negara orang peragai cm ape je???#fyp ? Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
‘Terbaik pihak bertanggungjawab’
Sumber: fifi_story07