Seorang lelaki telah mengiklankan dirinya dan juga menyenaraikan kriteria yang dia mahu dalam diri pasangannya dalam satu ciapan di Twitter. Ternyata salah satu kriteria yang dimahukan itu menjadi tumpuan netizen sehingga menyebabkan perbalahan pendapat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bercerai Pada 1959, Pengantin Viral Akhirnya Disatukan Kembali Setelah 63 Tahun Berpisah
Mahu pasangan dapat MUET Band 4 ke atas
Apa yang mencuri tumpuan netizen adalah apabila individu berkenaan turut menyatakan bahawa dia menginginkan pasangan yang memperolehi keputusan MUET (Malaysian University English Test) Band 4 dan ke atas.
Isu tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen kerana ada yang bersetuju dengan ciri-ciri yang ditetapkan oleh lelaki tersebut dan ada pula yang berpendapat sebaliknya.
Simbol intelektual
Bagi yang bersetuju, ramai yang mengatakan bahawa pencapaian seseorang dalam MUET amat penting kerana ia menunjukkan kebolehan mereka dalam berinteraksi dalam bahasa lain selain Bahasa Melayu.
Malah ada juga yang menegaskan bahawa ianya tidak menjadi satu kesalahan kerana itu merupakan pilihan individu berkenaan untuk memilih pasangan hidup.
Mungkin dia cakap nak Band 4 ke atas tu sebab nak sama-sama ada corak komunikasi yang sama.
Ibarat perlekeh orang
Manakala bagi yang tidak bersetuju, mereka berpendapat bahawa ia ibarat merendahkan kebolehan orang lain dan menganggap isu itu boleh menyebabkan mereka merasa tidak yakin dengan diri sendiri.
Tak salah nak pilih orang guna MUET, tapi kena ingat yang tahap kepandaian orang ni lain-lain.
Sehingga ke hari ini, isu tersebut tular di media sosial sehinggakan kata kunci MUET trending di Twitter.
Sumber: Twitter