Niat baik penyanyi Noraniza Idris berkongsi khabar duka mengenai pemergian seorang insan tersayang bagaimanapun mengundang salah faham dalam kalangan segelintir netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shiha Zikir Sedih Baca Kecaman Terhadap Noraniza Idris Hanya Sebab Gemari Lagu ‘Minta Ampun’ – ‘Saya Rasa Dia Tidak Buat Salah’

Foto dengan arwah

Menerusi hantaran di Instagram, Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani memuat naik poster memperlihatkan foto seorang wanita yang juga adik angkatnya yang telah meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Dalam perkongsian tersebut, pelantun lagu Dikir Puteri itu meluahkan rasa sedih atas kehilangan individu yang dianggap sangat rapat dan penting dalam hidupnya.

Namun, hantaran berkenaan menjadi perhatian apabila poster tersebut turut memaparkan foto Kak Ani bersama gambar arwah sehingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir pengguna media sosial.

Kebiasaannya, poster pengumuman kematian hanya memaparkan gambar individu yang telah meninggal dunia, menyebabkan ada netizen beranggapan tindakan meletakkan foto sendiri pada poster tersebut kurang sesuai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya tampil menegur penyanyi itu selain meminta agar poster berkenaan disunting semula supaya tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan orang ramai.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang mempertahankan tindakan Kak Ani dengan menyifatkan itu sekadar perkongsian peribadi untuk mengenang insan tersayang dan bukan bertujuan mencuri perhatian.

Sumber: Instagram