berita

‘Let’s Talk About Love’ Tampilkan Melly Goeslaw & Suami

January 25th, 2013 | by Ai
Hollywood

Melly Goeslow

Pada 23 Januari lalu penyanyi popular yang berasal dari negara seberang, Melly Goeslaw baru sahaja melancarkan album terbarunya berjudul ‘Balance.’ Album yang memuatkan 13 buah lagu ini turut menampilkan penyanyi terkenal, Kris Dayanti sebagai teman duetnya menerusi lagu ‘Cinta.’

Menurut Melly Goeslaw, amat sukar untuk dia mengeluarkan album baru kerana modal yang diperlukan adalah agak besar, tambahan pula penjualan album di pasaran amat kurang memberangsangkan pada ketika ini.

“Alahamdulillah akhirnya album saya ‘Balance’ sudah ada di store KFC. Buat album dengan lagu baru pastinya memerlukan modal yang cukup besar, tambahan pula penjualan CD di pasaran agak kurang mendapat sambutan. Jujur saya katakan ia amat payah untuk dijual. Oleh itu sebagai pemuzik, menurut saya kita harus terus bertahan agar dapat tetap berkarya untuk masa akan datang.” 

“Keseimbangan akan membuat kita kuat dan bertahan daripada segala cabaran serta dugaan yang mendatang. Namun, kita harus tetap rendah hati untuk laluinya.”

Mengulas lebih lanjut mengenai album terbarunya, Melly Goeslaw memaklumkan bahawa album tersebut mengandungi 11 lagu lama dan dua lagu baru berjudul ‘Let’s Talk About Love’ dan ‘Cinta Hati-hati.’

Jom layan video klip Melly Goeslaw dan suaminya, Anto Hoed menerusi lagu ‘Let’s Talk About Love’ yang baru sahaja dimuat naik menerusi laman YouTube pada 7 Januari yang lalu.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=NR7DFrkt6KI]

Sumber : Bisnis-KTI.com dan SOLOPOS.com

SKIP THIS AD ×