berita

Lif Rosak & Misteri Dentuman Kuat Terjawab Apabila Penduduk Nampak…

September 2nd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Misteri bunyi dentuman kuat dari atas bumbung lif di Flat Sri Sabah, Cheras akhirnya terjawab selepas pihak penyelenggara menemui mayat seorang lelaki berusia 50 tahun.

Buat laporan lif rosak

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, pada awalnya penduduk flat berkenaan telah membuat laporan kepada pihak penyelenggara mengenai kerosakan lif yang berlaku di kawasan itu. Difahamkan, lif tersebut berada dalam keadaan baik-baik sahaja sebelum terjadinya insiden ngeri ini.

Namun sebelum kejadian, penduduk setempat sekali lagi melaporkan bahawa terdengar satu bunyi dentuman yang sangat kuat datangnya dari atas bumbung lif flat setinggi 17 tingkat itu.

Bunyi dentuman kuat

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, penduduk setempat kemudian menghubungi pihak polis dan melaporkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki yang tertiarap di atas bumbung lif tersebut.

Polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat seorang lelaki di atas bumbung lif berkenaan.

Penduduk kemudian membuat aduan berhubung bunyi dentuman kuat sebelum pekerja syarikat penyelenggara menemui seorang lelaki dalam keadaan tertiarap di atas bumbung lif itu.

Sementara itu, pihak polis kini mengesahkan kes ini sebagai kematian mengejut selain akan mengambil keterangan daripada saksi kejadian. Mayat mangsa kini dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, HCTM untuk bedah siasat.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×