Tiada kebetulan dalam hidup. Setiap orang yang ditemui mempunyai sebab dan alasan tersendiri untuk kita belajar daripadanya. Terpulanglah kepada kita untuk belajar hikmah disebalik apa yang terjadi.
Pengalaman pengguna khidmat perkongsian kenderaan mengenai pemandunya yang setia dengan si isteri membuktikan cinta sejati itu benar-benar wujud. Walaupun dilanda ujian suaminya masih kekal di sisinya tak berganjak langsung. Memang ‘sweet’ dan romantik habis!
Cerita disebalik pelekat OKU pada kereta
‘Sebaik-baik dalam kalangan kamu adalah mereka yang berbuat baik kepada isterinya.’
Kisah bermula apabila saya bertanya kepada pemandu ini kenapa dia mempunyai pelekat Orang Kelainan Upaya (OKU) di keretanya.
Menurutnya, isterinya kadangkala menggunakan kereta itu. Si isteri mempunyai sakit jantung sehingga membuatkan tidak boleh berjalan jauh selain faktor masalah sakit pinggang. Ini kisahnya:
Dia dulu cantik dan kurus
Saya jumpa isteri saya ketika dia berumur 26 tahun. Dia sangat cantik dan kurus ketika itu. Setahun kemudian, dia disahkan menghidap penyakit jantung. Doktor maklumkan keadaan kesihatannya kepada saya dan dia boleh hidup sekitar 1 atau 2 tahun sahaja. Tapi sekarang dia bertahan sehingga 20 tahun!
Penipuan paling besar
Tahu tak kenapa? Sebab saya tipu dia, cakap dia tiada masalah pun, cuma tidak cergas sahaja. Saya tak mahu penyakit sebenarnya memberi kesan kepadanya. Saya beritahu doktor supaya hanya beritahu segala tentang kesihatan isteri kepada saya sahaja. Susah sebenarnya, lebih-lebih lagi bila kawan-kawan tanya kenapa saya tetap bertahan.
Cinta pada hati, bukan rupa
Mereka tanya kenapa saya mesti membebankan diri dengan isteri yang berpenyakit? Saya tanya mereka balik, macam mana saya boleh lepaskan orang yang saya sayang? Mana boleh buat macam tu. Saya tak cintakan dia kerana rupa tapi pada hatinya.
Kami tak boleh ada anak tapi tak apalah
Saya hampir kehilangannya 3 tahun lalu jadi saya ambil keputusan berhenti kerja dan buat servis ni. Jadi saya ada masa yang fleksibel untuk menjaga isteri. Dia bahagia sekarang dan semakin sihat. Kami tak boleh ada anak tapi kami okay. Tanggungjawab saya adalah jaga dia dan kami jaga satu sama lain. Cukuplah itu saja.
Sumber: Megat Danial