berita

‘Lihat Jenazah Anak Ditutupi Plastik Hitam’ – Ayah Mangsa Kemalangan Lori LPG

August 28th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Terima panggilan mereka terjatuh motorsikal

Ayah kepada mangsa Muhammad Idham, Baharudin Mohd Isa ketika itu sedang bertugas di sebuah hotel di Seremban. Dia turut menyuruh Anismalina menghubungi ambulans segera kerana tidak dapat untuk ke lokasi kejadian atas urusan kerja.

Saya terima panggilan dari kawannya memaklumkan mereka terjatuh motosikal dan mengalami kecederaan. Ketika itu saya mengucap panjang dan hanya mampu meminta dia menghubungi ambulans kerana masih bertugas.

Saya fikir mahu jumpa Idham dan meminta kebenaran untuk keluar sebelum bergegas ke lokasi pada 10.30 malam menaiki motosikal.

Panggilan dijawab individu lain

Sewaktu ayah mangsa dalam perjalanan ke lokasi kejadian, lebuh raya tersebut menjadi sesak. Dia mengambil keputusan untuk menghubungi ke telefon bimbit anak namun, panggilan itu dijawab orang yang tidak dikenali.

Seorang pengguna lebuh raya memaklumkan kepada saya jalan sesak dan tidak boleh dilalui, namun masa itu saya hanya fikir mahu tengok anak sebelum menghubungi telefon bimbitnya.

Bagaimanapun, panggilan dijawab oleh individu lain dan memaklumkan anak saya ‘sudah tiada’ dan terus bergegas ke lokasi sebelum melihat jenazah Muhammad Idham dan Anismalina yang ditutup plastik.

Terdengar bunyi dentuman kuat

Sementara itu, menurut saksi kejadian, Abdul Hafis berkata dia terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum menyelamatkan dirinya. Dia dari Seremban ke Bangi itu terlihat kedua mangsa sedang dibantu pemandu lori LPG di bahu jalan dan dia mengambil keputusan untuk menghulurkan bantuan.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa tersandar pada pembahagi jalan di lorong kecemasan dan saya cuba bertanya keadaan mereka sebelum saya terdengar dentuman kuat lalu menyelamatkan diri.

Ketika itu hanya mereka bertiga di lokasi dan saya berhenti untuk membantu kerana dipercayai mereka terjatuh dari motosikal. Ketika sedang bertanyakan keadaan mereka berdua saya terdengar bunyi dentuman kuat.

Tanpa berfikir panjang saya terus melompat pembahagi jalan dan lari ke bahu jalan yang berbukit. Saya terasa ada tong gas yang terkena bahu, namun tidak menyedari bagaimana kaki terluka.

Sumber: Metro, Metro Online

SKIP THIS AD ×