Misteri kehilangan seorang wanita sejak 12 hari lalu akhirnya menemui noktah selepas mayat mangsa ditemui di dalam belukar Indragiri Hulu, Riau, Indonesia.
Bunuh, lilit leher dengan tudung
Mayat mangsa iaitu Lily Suryani Ningsih, 21, seorang mahasiswa ditemui oleh penduduk kampung selepas terhidu satu bau yang sangat busuk datang dari belukar terbabit. Susulan penemuan itu, seorang lelaki iaitu kenalan mangsa yang dikenali sebagai Zulkifli telah ditahan polis bagi membantu siasatan.
Semasa soal siasat, suspek mengaku mengenali mangsa dan mereka baru tiga kali bertemu. Menurut sumber, suspek yang juga merupakan suami orang menaruh harapan untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa.
Pada pertemuan terakhir iaitu pada 1 November, mereka sempat makan malam bersama-sama sebelum berisar-siar. Setibanya di Teluk Erong, Kelurahan Kampung Dagang, suspek bertindak diluar kawalan dan mula menyerang mangsa.
Pelaku mencekik mangsa menggunakan tangan, namun mangsa sempat melawan. Pelaku kemudian mengheret mangsa ke dalam semak sambil menyepit leher mangsa menggunakan lengannya.
Pelaku mencekik mangsa sekali lagi menggunakan tudung mangsa dan kemudian menendang muka mangsa sehingga patah gigi hadapan mangsa.
Selepas menyedari mangsa sudah tidak bernyawa, suspek meninggalkan wanita itu di dalam belukar. Mayat mangsa yang hanya tinggal rangka ditemui pada 13 November.
Sumber: Tribunnews