berita

LimKokWing University Jawab Isu Pembatalan Akreditasi Program Akademik

May 11th, 2021 | by Iera Zahirah
Shout Out!

LimKokWing University of Creative Technology (LUCT) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan minggu lalu menjawab tuduhan yang tersebar di media sosial serta beberapa akhbar oleh sebuah parti politik mengenai isu pembatalan akreditasi program akademik.

LUCT peka mengenai kualiti program akademik

LUCT merupakan salah satu universiti swasta yang terbesar di Malaysia dan telah ditubuhkan selama lebih 30 tahun. Selain daripada itu, ia merupakan kolej swasta yang pertama dinaik taraf sebagai Universiti dan kini beroperasi di luar negara juga.

Walau bagaimanapun, LUCT amat peka dengan segala isu mengenai kualiti program akademiknya dan sentiasa berpegang kepada prinsip untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar. LUCT juga merupakan universiti yang mempunyai peratus pelajar antarabangsa terbesar di Malaysia.

Pada awal tahun ini, LUCT telah menjalani proses audit pematuhan program akademik dan daripada 98 program yang ditawarkan hanya 8 program sahaja menerima akreditasi penuh sejak 2010. Akan tetapi LUCT diberi tempoh masa selama 30 hari untuk membuat rayuan supaya pihak MQA mengatur proses audit berkenaan.

Kesal dengan tindakan pihak tertentu

Bagaimanapun, pihak LUCT berasa kesal terhadap tindakan pihak tertentu yang telah menggunakan isu berkaitan akreditasi program akademik dan menampakkan LUCT sedang mengalami masalah yang sangat besar.

Proses audit program akademik merupakan proses yang berterusan dan selama ini pihak LUCT telah memastikan agar semua program akademik yang ditawarkan akan berdaftar dengan Jabatan Pengajian Tinggi dan mendapat akreditasi penuh oleh pihak MQA serta beberapa badan akreditasi lain daripada dalam negara dan juga luar negara.

SKIP THIS AD ×