Lebih 2k shares di laman Facebook, perkongsian lelaki ini mengenai perbualan whatsapp terakhir antara isterinya telah menyentuh hati netizen. Isterinya yang merupakan seorang pesakit kanser menghembuskan nafas terakhir setelah sekian lama menanggung sakit.
Apa yang membuatkan netizen sebak apabila isteri meminta izin suami untuk ‘pergi’. Isteri minta suami redha dan menjaga anak-anak dengan baik.
Moga si dia dan aku terus kuat
Ya Allah aku dah bersedia apa sahaja tentuMu
Abg redha ye kalau lin pergi
Hari ini aku akur juga redha. Kasih dan sayangnya Allah itu melebihi akan kasih dan sayangku padamu. Aku syukuri Allah memberiku kesempatan untuk aku berbuat bakti akhirku padamu.
Berehatlah permaisuri hatiku.Bagi pihak keluarga, terima kasih kami ucapkan pada yang hadir sama mengiringi pengkebumian arwah isteri saya. Saya pohon agar dimaafkan segala salah dan silap arwah sepanjang hayatnya. Jika arwah masih ada hutang yang belum selesai, saya pohon untuk hubungi saya.
Semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama hambanya yang beriman.
Al – Fatihah.
Sumber : Mohd Armin