Lazimnya ibu bapa akan lebih peka tentang persekitaran anak-anak ketika mereka sedang beraktiviti di luar kerana risau akan kuman, bakteria dan virus yang mudah merebak di kawasan awam.
Namun, tahukah korang bahawa udara di dalam rumah juga berpotensi untuk mengandungi bakteria, virus, kulat dan alergen yang membahayakan kesihatan seisi keluarga?
Hanya sebab hama-hama kecil ini tak terlihat dek mata kasar bukan bererti ianya tak ada dalam rumah korang tau.
Bakteria jahat dan virus berpotensi untuk membiak melalui udara serta pada kawasan berpermukaan seperti tilam, cadar atau sarung katil, bantal, langsir, kusyen dan permaidani.
Jadi, macam mana nak pastikan udara di rumah sentiasa bersih?
Penyaman Udara Nanoe™ X Inverter Panasonic mampu menghalang sehingga 99.99 peratus Novel Coronavirus*
Salah satu cara paling berkesan dalam memastikan udara di rumah selamat dan bersih adalah dengan memilih penyaman udara yang betul seperti Penyaman Udara Nanoe™ X Inverter Panasonic yang berupaya menghalang pertumbuhan bakteria, virus, kulat dan alergen.
Bukan itu sahaja, ia juga mampu menghalang sehingga 99.99 peratus Novel Coronavirus. Haa.. Auto terasa lebih selamat bila rumah hampir bebas secara keseluruhan dari virus berbahaya ni kan? Tak ada lah paranoid selalu tentang kebersihan diri dan rumah.
Teknologi Nanoe™ X dicipta dengan kebolehan untuk menghasilkan zarah yang sangat kecil membolehkan ia menembusi ke dalam lapisan fabrik untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan termasuk asap rokok dan sebagainya.
Paling best, Penyaman Udara Nanoe™ X Inverter Panasonic bukan sahaja mampu memberikan perlindungan namun membantu menghasilkan udara lembab dan segar berterusan sehingga 24 jam.
Psstt.. Teknologi Nanoe™ X ni baik untuk kulit juga tau, apabila ia bergabung dengan sebum semulajadi pada kulit ia membolehkan kulit untuk lebih jadi sihat sekaligus halus dan terhidrat. Bestnya!
Percuma penyelenggaraan & jimat eletrik
Yupp! Tiada penyelenggaraan dan penggantian diperlukan jika korang guna Penyaman Udara Nanoe™ X Inverter Panasonic di rumah. Jimat weh!
Korang pun dah tak perlu susah-susah ambik cuti untuk tunggu orang datang rumah nak selenggara lagi sebab Penyaman Udara Nanoe™ X Inverter Panasonic ni diperkukuh dengan titanium yang mana tidak memerlukan penyelenggaraan langsung.
Bonus point sebab Penyaman Udara Nanoe™ X Inverter Panasonic turut dilengkapi dengan teknologi Inverter Panasonic, teknologi tersebut bukan sahaja menjanjikan udara lebih nyaman tetapi ia juga tidak akan membebankan korang dengan bil eletrik yang mahal.
Dalam usaha membantu pengguna menjimatkan penggunaan tenaga eletrik, Penyaman Udara nanoe™ X Inverter Panasonic dilengkapi dengan keupayaan bagi menghalang penggunaan tenaga secara berlebihan dengan mengubah kelajuan motor secara automatik mengikut kesesuaian suhu bilik.
Korang bukan je dapat menghirup udara nyaman dan bersih tapi kepala pun tak pening fikir nak bayar bil mahal tiap bulan. Memang berbaloi-baloi!
Jika korang berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang Penyaman Udara Nanoe™ X Inverter Panasonic korang boleh layari laman Facebook atau Instagram rasmi mereka.
*Novel Coronavirus penyebab Covid-19. Ini tidak menjamin imuniti pengguna terhadap virus dan bakteria.
*Hasil ujian mungkin berbeza bergantung pada jarak dan kawasan pendedahan kualiti udara.