Pelakon, Datin Lisa Surihani mendedahkan bahawa dirinya hanya menjadi ‘penolong’ kepada ibunya untuk memasak juadah raya setiap kali Hari Raya Aidilfitri.
Artikel Berkaitan: Sejuk Mata Memandang, Penampilan Sopan Lisa Surihani Dapat Pujian Peminat
Ibu tunjang utama di dapur
Menurut Lisa, ibunya merupakan ‘tunjang’ utama di dapur untuk menyediakan juadah tahunan mereka setiap kali perayaan Aidilfitri dan dia hanya membantu sekadar yang mampu sahaja.
Ibu saya duduk dengan saya, jadi kami akan masak masakkan kegemaran keluarga kami, Briyani Arab. Kebiasaannya, kami memang akan masak beberapa hari sebelum raya.
Saya hanya tolong-tolong di dapur, kerana saya bukan individu utama untuk masak di dapur. Jadi, mak saya akan jadi tunjang utama untuk sediakan juadah.
Persiapan raya dibuat sebelum Ramadan
Dalam pada itu, Lisa memaklumkan bahawa persiapan raya keluarganya telah dilakukan sebelum Ramadan lagi kerana mereka mahu fokus melakukan ibadah Umrah ketika dua minggu pertama puasa tempoh hari.
Persiapan raya telah dilakukan sebelum Ramadan lagi, kerana kami berdua melakukan ibadah Umrah sewaktu dua minggu pertama bulan Ramadan. Dan ketika ini kami baru sahaja pulang dari Makkah lebih kurang seminggu lebih, jadi segala persiapan telah dibuat dengan lebih awal.
Lisa turut mendedahkan warna tema bagi raya tahun ini dipilih anak perempuannya dan Yusry.
Kami sebenarnya pakai baju raya dua hari sahaja. Jadi tahun ni, warna tema baju raya kami dipilih anak perempuan saya dan juga daddy dia.
Untuk hari raya pertama Aira memilih warna pastel iaitu kuning lembut dan untuk hari raya kedua daddy dia pilih warna kelabu.
Untuk info, Lisa Surihani dan Yusry ditemui OHBULAN! di GSC NU Sentral ketika tayangan filem Sumpahan Malam Raya arahan Prof. Madya Datuk’ Dr. A. Razak Mohaideen pada 12 April yang lalu.
Filem yang turut dibintangi pelakon-pelakon berbakat lain seperti Atu Zero, Nora Danish, Reen Rahim, Danial Zaini ini bakal menemui penonton di hampi 82 pawagam seluruh negara bermula 22 April ini.